Thursday, 23 February 2012

DKA6B/C5306/dis2011/Deep Foundations For a Rail Bridge Replacement

Picture courtesy of callaac.com

A rail bridge replacement in sandpoint, Idaho, presented a host of challenges that resulted in a deep foundation solution. The site included difficult soft soils to great depths. Train traffic had to be maintained during construction, and there were site and permitting constraints. The 4,800 ft long railroad bridge spans Lake Pend Oreille in the Idaho Panhandle, providing an essential commerce link between the pacific Northwest and Chicago. Thus dictated that the bridge be replaced under live track conditions.

Originally built by Northern Pacific Railway as part of the first northern transcontinental railroad, the bridge was founded on timber piles driven to about 50 ft, supporting a concrete pier and spaced 50 ft for most of the length of the bridge. Portion of the bridge were replaced in the late 1950s or early 1960s. Replacement piers were supported on 90 ft pipe piles. By 2008, the bridge was functioning past the originally intended service life, and track maintainance across the bridge had become an increasing nuisance. Several of the existing piers had settled and rotated, causing track problems for the high speed freight trains.
"Courtesy of Deep Foundation Institute"

The site issues arised within the actual site condition are as follows:
 -Lake Pend Oreille is filled with more than 300 ft of soft silty clay. Beneath the clay lies a deposit of sand that becomes denser with increasing depth.
-The clays are soft, exhibiting low shear strength, and are highly compressible.
-Their residual shear strength is much less than the peak shear strength.
-Foundations bearing in the sand will have excellent load/settlement behaviour.


As an engineer of Geo-Penalistrik Consultant:
-Give your own general opinion on project constructability.
-Suggest a specific pile that can be used for the project.
-Explain to the client on construction method without bothering actual train traffic.

p/s: Submission due date 13 March 2012

26 comments:

  1. NUR SYAQEERA MISMAN 11DKA09F1036

    1. PENDAPAT BERKENAAN PROJEK :
    -pengurus projek dan kontraktor perlu membuat perancagan awalan bagi memastikan perjalanan pembinaan dan penggantian asas ini berjalan dengan lancar.
    -proses pembinaan perlu dipantau supaya dapat mengelakkan sebarang masalah timbul yang boleh mengganggu perjalanan trafik.
    -pemantauan perlu bagi memastikan kualiti asas tersebut terjamin dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.


    2. CADANGKAN ASAS YG SESUAI DIGUNAKAN :
    -asas yang sesuai untuk pembinaan dan pengantian asas dalam bagi projek ini adalah asas rakit yang digabungkan dengan cerucuk yang dipanggil sebagai 'piled-raft system' atau 'piled basements'


    3. KAEDAH PEMBINAAN TANPA MENGGANGGU KEADAAN TRAFIK:
    - pembinaan dijalankan semasa tiada lalulintas keretapi. kontraktor perlu mengetahui setiap jadual perjalanan keretapi tersebut supaya perjalana pembinaan serta perjalanan keretapi tersebut tidak terganggu.
    - menggunakan mesin melantak cerucuk yang boleh menanam cerucuk dengan cepat dalam jangka masa waktu yang pendek seperti 'static pressure pile driver'
    -mengawal perjalanan sepanjang penggantian asas dijalankan.
    -membuat atau mengadakan satu jalan alternatif yang boleh digunakan oleh keretapi supaya perjalanannya tidak terganggu dan proses pengantian tidak bermasalah.



    *encik kalau salah jangan marah ehh??huhuh..:))

    ReplyDelete
  2. raihanadia bt mohd yusop 11 DKA 09 F1038

    1. saya berpendapat bahawa, projek ini boleh dijalankan dengan jayanya dengan adanya perancangan projek yang terperinci yang melibatkan pihak-pihak seperti konsultan, kontraktor dan pengurusan projek yang bagus. masalah2 yang timbul akan dapat diatasi dengan menggunakan sistem pembinaan yang semakin meningkat maju disamping pengurusan projek yang bagus.

    2. cadangan asas yang digunakan ialah menggunakan gabungan cerucuk spun dan asas yang dibuat menggunakan cara casting iaitu konkrit tuang di situ. gabungan kedua-dua asas ini akan lebih mengukuhkan lagi asas dan menambahkan lagi kekuatan ricih.

    3.bagi mengelakkan daripada berlaku gangguan lalulintas keretapi, perancangan yang terperinci dengan menghadkan waktu bekerja mengikut jadual perjalanan keretapi. kerja tidak dijalankan semasa keretapi melalui kawasan tersebut ataupun tidak melakukan kerja-kerja berat semasa keretapi melalui kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  3. NUR FARAHAIN BINTI MD ISMAIL 11DKA09F1046

    1) Projek ini boleh terus dilaksanakan jika perancangan pembinaan dapat dilaksanakan dengan cara yang sistematik. Selain itu, segala kekangan atau halangan yang bakal berlaku haruslah diketahui terlebih dulu, supaya dapat dielakkan atau ditempuh.

    2) Sesuai untuk menggunakan cerucuk jenis pratuang. Bahan yang biasa digunakan adalah keluli dan konkrit. Konkrit jenis ini dapat digunakan di stratum tanah yang mampu menggalas beban terletak terlalu dalam.

    3) - Gunakan cerucuk tergerek jika diperlukan dan jika geteran tidak diperlukan. Supaya tidak mengganggu keadaan trafik.

    - Mengawal segala sistem lalulintas keretaapi, supaya dapat menjalankan pembinaan ketika kawasan tersebut tidak digunakan.

    - Membuat jadual, agar sistem perjalanan keretaapi dan pembinaan dapat berjalan dengan lebih sistematik dan tidak mengganggu sistem lalulintas tersebut.

    ReplyDelete
  4. siti aisyah bt zainudin

    1. projek pembinaan ini boleh diteruskan sebagai seorang pengurus projek, beliau perlu menunjukkan prestasi baik dan mengawal tanggungjawab yang perlu dibuat. Beliau perlu memastikan segala kerja penggantian asas ini berjalan dengan lancar
    Perlu berpandangan jauh untuk memikirkan aktiviti baru proses pembinaan tersebut akan memberi faedah kepada firma dan klien. Perlu memastikan momentum tempat kerja dan perjalanan trafik di kawasan pembinaan sentiasa konsisten.

    2. asas rakit yang digabungkan dengan cerucuk yang dipanggil sebagai 'piled-raft system' atau 'piled basements' boleh digunakan untuk pembinaan asas bagi mengukuhkan lagi.


    3. Mengatur dan mengawal jadual secara sistematik agar sistem perjalanan keretaapi dan pembinaan dapat berjalan dengan lancar supaya tidak berlaku pertembungan waktu bekerja dengan perjalanan keretaapi tersebut.

    ReplyDelete
  5. It's already due date.Tahniah qira,nad,pa'en & ecah yang telah berjaya menjawab & memperolehi markah bonus untuk kali ini.jawapan untuk soalan ini akan di upload pada minggu akan datang.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. en.. markah bonus lebih sikit ea..
      hehe

      Delete
    2. ehem ! zera dan iftah jgn lupe tau en :) hihi

      Delete
    3. aq pon nk jgk =( hehehe

      Delete
  6. iftah binti ya`akub 11dka09f1008

    1. Pendapat mengenai kebolehbinaan projek.

    Kejayaan projek ini bergantung dari segi rekabentuk dan pengurusannya. Ia merangkumi dari segi aspek perancangan,pengusahaan rekabentuk, pembinaan dan pengurusan. Pihak yang terlibat seperti pengurus projek, arkitek dan kontraktor perlu ada perancangan dan penjadualan yang sistematik agar dapat menguruskanya. Selain itu semua pihak yang terlibat perlu berkerjasama untuk memastikan pembinaan dan penggantian asas ini mengikut spesfikasi yang telah ditetapkan agar tiada masalah yang akan timbul pada masa akan datang.

    2.Cerucuk yang sesuai digunakan.
    Dalam projek ini cerucuk yang sesuai dipakai adalah cerucuk tergerek secant (secant pile) atau cerucuk terjara tuang di situ.

    3.kaedah pembinaan tanpa menganggu lalu lintas.

    -memastikan tiada pertindahan berlaku apabila pembinaan berlaku dan ketika kereta api melaluinya.
    -memastikan keselamatan samada keretaapi itu sendiri dan juga pembinaan selamat.
    -kerja-kerja yang dilakukan perlu pantas atau cepat bagi mengelakan kesulitan untuk kedua dua belah pihak.
    -menggunakan peralatan yang sesuai.

    sory lambat en....tpi blm kol 12 lg kn...kn2...stil 13.02.2012.. :)

    ReplyDelete
  7. HAZIRAH BINTI BUJANG 11DKA09F1014

    1)PENDAPAT MENGENAI KEBOLEHBINAAN PROJEK

    Pada pendapat saya,projek seperti ini merupakan salah satu pembinaan yang sangat sukar dan mencabar.Hal ini kerana lalulintas kereta api terpaksa dikekalkan semasa pembinaan.Oleh itu beberapa perkara penting perlu diketengahkan seperti :
    - Pengurus projek atau pihak yang berkuasa haruslah membuat perancagan terlebih dahulu, supaya segala masalah yang akan timbul dapat diatasi.
    - Bagi projek yang sukar seperti ini, pemantauan harus lah sentiasa dilakukan bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
    - Pandagan dari pihak pihak yang lebih pakar juga adalah perlu sebelum kerja dijalankan.
    - Peralatan dan jentera yang lebih canggih adalah diperlukan.

    2)CADANGAN CERUCUK TERTENTU YANG BOLEH DIGUNAKAN.

    Saya mencadangkan cerucuk yang sesuai digunakan di kawasan yang mempunyai struktur tanah seperti ini adalah gabungan cerucuk konkrit pra tuang dan asas rakit.Hal ini kerana cerucuk konkrit pra tuang digunakan bagi menampung beban yang diterima dan kerana kawasan ini mempunyai kedalaman yang sangat dalam.Seterusnya asas rakit digunakan bagi mengatasi masalah tanah lembut dan berkelodak..Oleh itu struktur dapat ditampung dengan lebih selamat dan kukuh.

    3)KAEDAH PEMBINAAN TANPA MENGANGGU LALULINTAS KERETA API

    Bagi memastikan semasa pembinaan projek dijalankan tidak menganggu perjalankan lalu lintas kereta api.
    Beberapa langkah mengatasi harus dikenalpasti terlebih dahulu,seperti :

    -Pengurus projek haruslah mengetahui perjalanan setiap kereta api.Dan sentiasa mengetahui jadual perjalannya.
    -sebelum projek berjalan pengurus harus merancang kerja seperti membuat graf CPM supaya kerja akan siap mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
    -Pengurus projek jugak perlu sentiasa memantau pekerja bagi memastikan setiap perkerja melakukan kerja dengan betul dan segera.
    -Akhir sekali,kaedah yang cepat perlu digunakan.

    * saya budak baru belajar,kalau salah dan silap...
    Ni makan die ~maap.maap.maap. stil !13/3/2012 kan :P

    ReplyDelete
  8. 1)PENDAPAT MENGENAI KEBOLEHBINAAN PROJEK

    - Menentukan kaedah sesuai yang akan digunakan untuk merancang sesuatu projek. kejayaan sesuatu perancangan adalah bergantung kepada pengetahuan tentang prosedur yang sedia ada dan kebolehan untuk memilih kaedah yang paling menguntungkan.
    - perancangan yang berkesan juga bergantung kepada keputusan yang memerlukan pengumpulan sebanyak mungkin maklumat-maklumat tentang bahan, mesin, tenaga manusia, kewangan dan masa.
    - majikan dan pihak-pihak yang terlibat perlulah bekerjasama untuk memastikan projek berjalan lancar dan mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku seemasa pembinaan.
    2)CADANGAN CERUCUK TERTENTU YANG BOLEH DIGUNAKAN.

    - Cerucuk galas hujung pula memindahkan beban bangunan terus kepada lapisan kukuh yang terdapat di dalam tanah. Oleh itu, cerucuk jenis ini perlu ditanam atau dibina hingga ke lapisan tanah kukuh dibawahnya.
    - Bahan yang selalu digunakan sebagai cerucuk ialah konkrit, keluli dan kayu. Cerucuk boleh bertindak secara bersendirian atau secara berkumpulan. Biasanya kumpulan cerucuk digunakan dan tukup cerucuk dibina.
    3)KAEDAH PEMBINAAN TANPA MENGANGGU LALULINTAS KERETA API

    -Bekerjasama dengan pihak pengurusan keretapi untuk mengetahui tempoh perjalanan keretapi yang melalui kawasan yang terlibat.
    -Menggunakan kaedah pembinaan yang lebih selamat dan teratur tanpa mengganggu perjalanan keretapi.

    ReplyDelete
  9. oppss da due date ke cek??xprasan laahhh..
    mintak amponnnn yeee cek...hehehe
    ctzubaidahrahmat.1040

    1)PENDAPAT MENGENAI KEBOLEHBINAAN PROJEK
    Pada pendapat saya, lalulintas keretapi ini tidak boleh dihentikan walaupun seketika kerana ianya sangat penting sebagai laluan utama. Oleh hal yang demikian, projek ini boleh diteruskan sekiranya terdapat:
    i) Perancangan yang berkesan oleh sesebuah organisasi yang diberi tanggungjawab menyiapkan projek berkenaan.
    ii) Kebergantung kepada kualiti, masa, dan kos yang ditetapkan mengikut skopdan spesikasi. Bagi mencapai perkara tersebut, segala kawalan perlu dipantau dan perubahan yang berlaku dikemaskini dengan kadar segera supaya tidak terdapat sebarang perlanggaran dan penangguhan kerja.
    iii) Pendapat atau pandangan daripada Arkitek, Jurutera, Jurukur Bahan atau perunding lain yang pernah bertindak sebagai seorang pengurus projek adalah sangat diperlukan.
    iv) Pekerja-pekerja yang berkemahiran dalam bidang tersebut

    2.CADANGAN CERUCUK TERTENTU YANG BOLEH DIGUNAKAN
    Bagi kes mengenai projek pembinaan di atas, saya mencadangkan cerucuk yang paling sesuai untuk digunakan ialah cerucuk 'raft basement' dan caisson.
    hal ini disebabkan oleh keupayaan galas tanahnya yang rendah, terdapat mendapan yang berlebihan, faktor keadaan aras air bawah tanah yang tak menentu dan terdapat juga beban mengufuk.Rekabentuk cerucuk ini terdiri daripada cerucuk tanggung hujung, cerucuk geseran serta cerucuk tanggung dan geseran.

    3)KAEDAH PEMBINAAN TANPA MENGANGGU LALULINTAS KERETA API SEBENAR
    i. melakukan kerja-kerja pembinaan pada luar waktu panggunaan lintasan keretapi.
    ii. mempercepatkan pembinaan dengan mengelakkan sebarang penangguhan kerja dan menyediakan tenaga pekerja mahir yang ramai
    iii. menggunakan jentera yang besar dan pengendali yang cekap supaya kerja berjalan lancar
    iv. pemantauan perlu dilakukan setiap masa oleh pengurus projek demi menghasilkan projek yang sempurna dan selamat
    sekian shj hentaman dr sy..tq

    ReplyDelete
  10. MOHD HAFIZUDDIN MOHAMAD GHAZALI (11DKA09F1026)

    SOALAN 1
    - rel keretapi tidak boleh diubah tetapi untuk kerja-kerja menaiktaraf laluan keretapi, pihak yang bertanggungjawab perlulah mencari laluan alternatif lain untuk laluan keretapi apabila kerja menaiktaraf sedang dilakukan.
    - perancangan perlu teliti supaya tiada masalah yang akan berlaku dan mungkin akan mengakibatkan kerosakan pada struktur
    - pekerja yang berkemahiran tinggi juga diperlukan bagi melaksanakan projek ini
    - perunding C&S perlulah mengira dan merekabentuk struktur bagi jambatan laluan keretapi itu dengan penuh teliti dengan bantu pakar-pakar struktur untuk membina jambatan yang baru

    SOALAN 2
    - cerucuk yang sesuai adalah cerucuk tuang di-situ
    - cerucuk ini juga digunakan untuk membina KLCC serta mempunyai kekuatan menanggung beban yang tinggi walaupun berada di kawasan tanah liat

    SOALAN 3
    - kerja dilakukan ketika waktu siang mahupun malam
    - kerja ini dilakukan dengan mengorek lubang mengikut lukisan yang dilukis oleh jurutera, kemudiannya tetulang yang berbentuk silinder dimasukkan ke dalam lubang tersebut dan seterusnya konkrit dituang
    - untuk lebih kuat, formwork juga diperlukan bagi cerucuk yang melebihi aras tanah

    sekian dari saya...trimas...

    ReplyDelete
  11. MOHAMMAD ZAFFARIN BIN MOHD KHAN (11DKA09F1024)


    1.) Pada pandangan saya, penelitian dalam membuat perancangan kerja perlu dilakukan dengan cermat kerana ia membantu sesebuah projek berjaya. Di samping itu, peranan pengurus projek dan semua pihak perlu dilakukan mengikut tanggungjawab dan perancangan kerja masing-masing agar objektif untuk menyiapkan projek ini hingga tamat, dapat diselesaikan.

    2.) Pada pendapat saya, cerucuk yang sesuai digunakan ialah cerucuk tuang di-situ. Ini kerana, jika menggunakan spun pile, ia perlu dilantak dan hentakkan yang dihasilkan menggannggu perjalanan kereta api.

    3.) Pada pandangan saya, perancangan perlu dilakukan dengan terperinci dengan menghadkan waktu bekerja mengikut jadual perjalanan keretapi. Ia bagi mengelakkan sebarang gangguan pada kereta api. Selain itu, perlu dibina satu laluan baru sementara bagi kereta api bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang dialami semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan.

    Sekian...Yang baik dari yang Esa, yang kurang dari saya...TQ..=)

    ReplyDelete
  12. Luqman Nulhakim Bin Johan (11Dka09F1022)

    1. Pada pendapat saya, kebolehbinaan projek ini bergantung kepada :-
    -kualiti bahan yang digunakan untuk pembinaan jambatan keretapi ini mestilah bermutu tinggi supaya mempunyai faktor keselamatan yang selamat dan boleh bertahan lama usianya.
    -projek ini mestilah dirancang dengan teliti dan memerlukan kerjasama semua pihak yang telibat supaya projek ini mencapai tahap kualiti yang tinggi
    -sebelum membuat projek ini, kajian dan ujian perlu dibuat dengan teliti sebelum membuat perancangan yang teratur
    -projek ini memerlukan pekerja yang mahir untuk membinanya

    2. Antara cerucuk yang mungkin boleh digunakan untuk projek ini ialah:-

    -cerucuk terjara tuang (sesuai untuk pembinaan diatas tanah liat
    -'span pile' (sesuai untuk pembinaan diatas air dan atas tanah yang mempunyai kekuatan ricih yang lemah)

    3. i)Memastikan pembinaan tersebut mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan.
    ii)setkan masa yang sesuai utuk memulakan pembinaan tersebut.
    iii)Memerlukan peralatan seta mesin yang canggih

    ReplyDelete
  13. Muhammad Asyrin bin Azman 11dkao9f1028

    Jawapan 1:
    -pada pendapat saya projek ini boleh diteruskan tetapi pelbagai aspek perlu diambil kira,sekira terdapat masalah yg timbul dari awal pembinaan perlu dicari jalan yg lebih efektif dan berkesan
    -selain itu terdapat juga teknologi canggih yg boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalah ini untuk menggelakkn berlakunya kegagalan pada struktur.

    Jawapan 2:
    -cerucuk yg paling sesuai ialah cerucuk span,kerana kebiasaanye cerucuk ini banyak digunakan dalam pembinaan asas jambatan.
    -selalunya pada tambakan berpasir cerucuk span digunakan kerana ia mampu menahan keupayaan galas yang tinggi.

    Jawapan 3:
    -pengubahan laluan kereta api tidak terggu jika laluan baru yg sementara dibuat untuk laluan kereta api.
    -oleh itu pengubahsuaian boleh bilakukan sertamerta bagi menggelakkan berlakunya gangguan pengangkutan awam yg amat penting bagi penguna.

    ReplyDelete
  14. Mohamed Zulfadli Bin Kamaruddin
    11DKA09F1064


    1. Walaupun projek seperti ini kurang dijalankan di Malaysia kerana masalah berkaitan kos yang tinggi. Jadi saya berpendapat bahawa projek di wajib lebih diperluaskan di masa akan datang kerana ianya berpotensi dibangunkan. Memandangkan pembinaan melibatkan kos yang tinggi, sistem pengurangan kos juga harus diperkenalkan seperti di dalam budget 2012. Kerjasama daripada pelbagai pihak juga mestilah kuat dan padu bagi memajukan sistem pembangunan di Malaysia ini. Idea-idea daripada genarasi akan datang juga amat diperlukan bagi memperolehi buah fikiran mengenai pembangunan jambatan keretapi di Negara ini.


    2. Bagi pendapat saya, cadangan asas yang diperlukan ialah jenis cerucuk terhentak. Jenis cerucuk ini ialah yang paling banyak digunakan adalah cerucuk konkrit. Cerucuk ini disiapkan di kilang dan diangkut ke tapak pembinaan. Cerucuk ini dibuat dalam bentuk segi empat, segi enam dan bulat. Kadangkala bentuk-bentuk tersebut dibuat padu dan kadangkala dibuat geronggang. Ukuran panjang cerucuk ini pula akan mencapai sehingga 20 meter sebatang

    3.
    - Mengelakkan penggunaan mesin pembinaan yang terlalu banyak dan mengganggu perjalanan keretapi
    - Membuat landasan sementara atau landasan alternative.
    - Membuat tapak perletakan bahan-bahan binaan di kawasan yang berlainan.
    - Menggunakan kidmat jentera berkren atau tinggi.

    ReplyDelete
  15. MUHAMMAD FAQIH BIN ABDUL RAHMAN 11DKA09F1062


    1. Berikan pendapat anda sendiri umum mengenai kebolehbinaan projek.
    - Bagi pendapat saya projek ini boleh digunapakai di tempat lain kerana kerana kebolehgunaan projek ini adalah tinggi. Ia dapat memberi banyak kesan positif kepada pembangunan pelbagai sektor seperti sektor perindustrian dan sektor pengangkutan. Namun begitu kajian yang lebih terperinci perlu dijalankan bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan kerana ia melibatkan banyak faktor. Jika projek ini dapat dilaksanakan ia dapat memberi banyak impak positif.

    2. Cadangkan cerucuk tertentu yang boleh digunakan untuk projek.
    - cerucuk tertentu yang sesuai digunakan bagi projek ini adalah seperti cerucuk terjara tuang di situ dan cerucuk tergerek tukul.
    - pemilihan cerucuk jenis ini adalah kerana cerucuk-cerucuk ini mampu menampung beban yang dikenakan terutamanya di kawasan tanah liat.
    - selain itu cerucuk juga boleh ditanam secara condong supaya dapat menampung beban yang dikenakan.

    3. Jelaskan kepada klien pada kaedah pembinaan tanpa mengganggu lalu lintas kereta api sebenar.
    - menggunakan mesin menghentak tertentu yang dapat mempercepatkan proses penanaman cerucuk.
    - menggunakan tupang yang kuat bagi menampung jambatan sewaktu proses penanaman cerucuk.
    - meggunakan cerucuk lain buat sementara waktu bagi waktu yang singkat sehingga penanaman cerucuk yang sebenar siap.
    - menggunakan tiang dan kabel yang kuat bagi membuat jambatan tersebut tergantung tanpa bergoyang.

    ReplyDelete
  16. ZAM AZWAN BIN ZAINAL 11DKA09F1056


    1) Berikan pendapat tentang projek ini

    Pada pendapat saya, kaedah pembinaan ini boleh dijalankan dengan baik dan sempurna sekiranya mempunyai perancangan yang teliti dan baik. Pelbagai aspek dari segala segi seperti kesesuaian tanah, kos pembinaan serta kaedah atau proses pembinaan. Ini kerana jika aspek – aspek seperti ini tidak di ambilberat, nescaya pelbagai masalah akan timbul semasa proses pembinaan jambatan ini berjalan. Selain itu, kerjasama antara semua pihak amat penting untuk menjayakan sesuatu pembinaan jambatan khususnya. Tidak salah jika ianya dapat dikembangkan bagi industri pembinaan jambatan di negara ini secara umumnya.

    2) Cadangkan cerucuk tertentu yang sesuai untuk pembinaan

    Cerucuk yang sesuai untuk digunakan dalam projek ini antaranya adalah cerucuk jenis terjara tuang di situ dan cerucuk jenis tergerek tukul.
    Ini kerana cerucuk ini amat sesuai dan meluas penggunaannya untuk tanah jenis tanah liat seperti projek ini.

    3) Jelaskan kepada klien pada kaedah pembinaan tanpa mengganggu lalu lintas kereta api sebenar.

    Pelbagai langkah dan kaedah boleh dilakukan seperti:

    - Memastikan perjalanan proses projek tidak terganggu oleh masalah yang boleh melambatkan perjalanan pembinaan jambatan ini.
    - Menyediakan satu jalan artenatif yang lain tanpa menganggu rel kereta api dan bagi mengelakkan kesesakan yang mungkin berlaku semasa pembinaan berjalan.
    - Seterusnya pemilihan kaedah yang paling sesuai dan cepat perlu digunakan

    ReplyDelete
  17. MUHAMMAD RAFIUDDIN BIN HAMIDON 11PKA11F1088


    Soalan 1

    Berikan pendapat tentang projek ini?

    Pada pendapat saya, projek yang akan dijalankan haruslah dirancang dengan teliti supaya tiada berlakunya masalah yang akan timbul semasa atau selepas projek ini dijalanka. Selain itu pihak atasan sama ada pihak konsultan atau pihak kontraktor harus memantau setiap perjalanan projek supaya berjalan dengan lancar. Setiap komponen atau asas mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JKR supaya tiada kemungkinan berlakunya keretakan atau sebagainya.

    Soalan 2

    Cerucuk yang sesuai digunakan?

    Cerucuk yang sesuai untuk tanah jenis ini ialah jenis cerucuk (spun) kerana cerucuk ini biasanya digunakan dalam pembinaan jambatan yang kukuh tanpa ada sebarang pemendapan pada jangka masa yang lama.

    Soalan 3

    Kaedah pembinaan tanpa mengganggu lalu lintas?

    Membuat perancangan berupa pelan berkenaan lalulintas di tapak pembinaan. Cara ini dapat mengelakkan sebarang kemalangan lalulintas berpunca dari pembinaan yang akan dijalankan. Selain itu, papan tanda dan lampu jalan juga disediakan untuk mengelakan perkara tidak diingini berlaku. Pembinaan juga perlu disiapkan dengan segera mengikut kontrak kerana tidak mahu masalah lalulintas berlaku dan memastikan peralatan mesin dan jentera digunakan tanpa menganggu lalulintas. Memberitahu berkenaan laluan sementara untuk kereta api yang sebenar supaya tidak mengganggu perjalanan kereta api yang sebenar.

    ReplyDelete
  18. MOHAMAD ZAYANI ZAKWAN BIN MOHD ZIN
    11DKA09F1016

    1. PENDAPAT BERKENAAN PROJEK :
    Pada pendapat saya, pengurus projek dan juga kontraktor perlulah bekerjasama dan memainkan peranan penting bagi memastikan segala proses pembinaan projek ini berada dalam keadaan yang selamat dan mengikut jadual projek seperti yang dirancangkan. setiap proses harus dipantau dan dikaji agar tiada masalah akan timbul dan boleh menyebabkan pembinaan menjadi tergendala atau lambat. selain itu, pihak yang terlibat juga perlu sentiasa turun ke tapak projek bagi memastikan segala kerja dilakukan mengikut spesifikasi yang disediakan.

    2. CADANGKAN ASAS YG SESUAI DIGUNAKAN :
    pada pendapat saya, asas yang sesuai digunakan dalam pembinaan ini adalah'piled-raft system'.


    3. KAEDAH PEMBINAAN TANPA MENGGANGGU KEADAAN TRAFIK:
    kaedah yang terbaik bagi memastikan tiada gangguan trafik adalah dengan melakukan kerja-kerja pembinaan pada waktu yg paling minima menerima beban trafik sebagai contoh melakukan kerja pada waktu malam. selain itu, kerja-kerja ini juga mungkin boleh dilakukan secara berterusan selama 24 jam bagi mempercepatkan pembinaan. kerjasama antara pengurus projek dan kontraktor bagi mengenalpasti jalan penyelesaian bagi mengelakkan gangguan trafik disamping menjaga alam sekitar dan juga ketenteraman orang awam.

    ReplyDelete
  19. MUHAMMAD SYAHMI BIN KHAMIS 11DKA09F1020

    1. Berikan pendapat tentang projek ini?

    Kebolehberkesanan sesuatu kerja yang dijalankan boleh diperolehi jika kita lebih utamakan ketelitian dan fokus yang lebih terhadap kerja tersebut. Selain itu, Jika sesuatu kerja berkapasiti yang besar, kerjasama antara pihak yang terlibat dalam membantu dan menyokong amatlah penting dalam menjalankan sesuatu kerja. Kerja-kerja pemantauan haruslah dilebihkan terhadap sesuatu kerja yang dibuat supaya tidak menimbulkan sebarang masalah dan paling penting sekali ialah seharusnya menggunakan bahan ataupun komponen-komponen yang berkualiti dan mengikut spesifikasi agar menjadikan kerja tersebut lebih bermutu dan berkualiti.

    2. Cerucuk yang sesuai digunakan?

    Mengikut kaedah dalam sesuatu pembinaan, cerucuk diklasifikasikan dan seharusnya digunakan mengikut projek yang dibuat. Berdasarkan daripada kenyataan berikut, antara cerucuk yang paling sesuai digunakan untuk projek tersebut ialah cerucuk jenis skrew dan keluli. Ini kerana cerucuk ini lebih biasa digunakan di tempat yang berair, sebagai contoh di laut dan lain-lain. Cerucuk ini juga boleh menerima beban mampatan dan terikan yang tinggi.

    3. Kaedah pembinaan tanpa menggangu lalu lintas?

    Berdasarkan pada kenyataan yang dikemukakan, kaedah pembinaan yang berkesan tanpa menganggu perjalanan lalulintas ialah membuat laluan ataupun jalan baru yang sementara supaya tidak menganggu kerja-kerja pembinaan dan lalulintas. Selain itu, menetapkan waktu untuk kerja-kerja pembinaan dijalankan mengikut keadaan lalulintas kenderaan supaya tidak bercanggah. Selepas itu, memastikan bahan-bahan atau longgokan komponen-komponen yang digunakan disimpan dan diletakkan di tempat yang selamat.

    ReplyDelete
  20. MUHAMAD SYAIFULLAH BIN MUHARAM (11DKA09F1068)

    1)PENDAPAT MENGENAI KEBOLEHBINAAN PROJEK
    Projek yang dijalankan perlulah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan . selain dari mengatur perancangan dan strategi untuk perjalanan projek . Ini semua adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang mungkin melibatkan hal-hal yang menghalang dari penyiapan projek.

    2)CADANGAN CERUCUK TERTENTU YANG BOLEH DIGUNAKAN
    Cerucuk yang perlu digunakan adalah cerucuk terjara tuang di situ ini kerana cerucuk jenis ini amat sesuai untuk kerja – kerja cerucuk didalam sungai mahupun laut.

    3)KAEDAH PEMBINAAN TANPA MENGANGGU LALULINTAS KERETA API SEBENAR
    Antara langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini adalah seperti berikut :

    Mewujudkan satu jalan alternatif sementara untuk laluan kenderaan – kenderaan lain.
    Membuat perancangan untuk kerja – kerja tanah ‘earth work’ dengan memastikan kedudukannya sesuai dan tidak mengganggu kawasan lain seperti memasang ‘hoarding’ yang bertindak sebagai pembahagian kawasan pembinaan dan kawasan diluarnya.
    Menggunakan kaedah pasang siap atau IBS dimana antara tujuannya untuk meminimakan kawasan tapak pembinaan yang didigunakan untuk tidak mendatangkan sebarang risiko terhadap orang ramai.

    ReplyDelete
  21. AIFAA NABIHA BT SHAHARUDDIN
    (11DKA09F1002)

    1. PENDAPAT MENGENAI PROJEK

    Pada pendapat saya, pengurus projek harus menjalankan tanggungjawab beliau di samping kerjasama bersama para jurutera dan konsultant bagi memastikan projek dapat berjalan dengan lancar dan baik tanpa mengalami sebarang masalah.

    2. CADANGAN CERUCUK

    Cerucuk yang sesuai digunakan adalah cerucuk jenis spun di mana penggunaanya yang sesuai bagi kawasan yang berair. Selain itu, ketahanan cerucuk jenis ini adalah tinggi.

    3. KAEDAH PEMBINAAN TANPA MENGGANGGU LALULINTAS KERETA API SEBENAR

    -membuat perancangan mengenai jadual pergerakan lalulintas semasa terutamanya pada waktu sesak (peak hour)di mana kerja-kerja pembinaan harus dihentikan sementara.
    -membina jalan sementara bagi pengguna kenderaan lain.
    -menjalankan kerja-kerja pembinaan pada waktu malam atau awal pagi di mana bukan waktu sesak.

    ReplyDelete
  22. NUR AMALINA BT AZMAN (11DKA09F1032)

    1)Pada pendapat saya, projek ini boleh dilaksanakan dengan perancangan yang teliti. Selain itu, faktor pemilihan asas juga memainkan peranan penting. Faktor-faktor seperti jenis dan keadaan tanah harus diambilkira.Jenis pembinaan yang akan dijalankan juga berdasarkan kos yang sedia ada.Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung harus berkerjasama dari proses awalan sehingga projek siap dibina.

    2) Pemilihan asas adalah berdasarkan jenis tanah di kawasan pembinaan.Pada pendapat saya, asas yang sesuai digunakan ialah cerucuk terjara tuang di situ.

    3)
    -Pihak bertanggungjawab harus menyediakan satu laluan khas atau alternatif untuk kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.
    -Menggunakan teknik pembinaan yang lebih cepat seperti teknik IBS.
    -Pengurus projek harus membuat perancangan yang teliti sepanjang projek dijalankan supaya tidak mendatangkan masalah.
    -Papan tanda sementara juga harus diwujudkan supaya pengguna dapat mengetahui status pembinaan projek tersebut.

    ReplyDelete
  23. NOR AZMYZA BTE MOHD AZHAR 11DKA09F1030

    1) PENDAPAT MENGENAI PROJEK
    - pada pendapat saya , projek yang berkesan bergantung kepada pengurus projek tersebut . Pengurus projek memainkan peranan penting dalam menguruskan sesuatu projek . Pengurus projek mestilah mengikut spesifikasi yang telah diberikan kepadanya sebelum kerja - kerja pembinaan dijalankan . Selain itu , faktor pekerja juga mempengaruhi kejayaan sesebuah projek . Jika pekerja tidak mengikut arahan yang diberikan kepada mereka , maka kerja pembinaan akan tergendala dan cacat .


    2) PEMILIHAN CERUCUK
    - Cerucuk yang sesuai untuk tanah jenis ini ialah jenis cerucuk (spun) kerana cerucuk ini biasanya digunakan dalam pembinaan jambatan yang kukuh tanpa ada sebarang pemendapan pada jangka masa yang lama .


    3)KAEDAH PEMBINAAN TANPA MENGGANGGU LALULINTAS
    - membina satu jalan alternatif sepanjang projek pembinaan dijalankan
    - Seterusnya pemilihan kaedah yang paling sesuai dan cepat perlu digunakan seperti pembinaan menggunakan IBS tetapi memerlukan kos yang tinggi
    - menjalankan pembinaan semasa ketiadaan lalulintas keretapi . Pengurus projek perlu lebih peka terhadap jadula lalulintas keretapi .

    ReplyDelete